Apakah Tanda-tanda Awal Masalah Buasir?
Buasir biasanya tidak berbahaya atau membawa sebarang ancaman nyawa. Jarang sekali pesakit buasir mengalami pendarahan yang teruk sehingga menjadi anemia (kekurangan darah) teruk yang menyebabkan kematian.
Terdapat sebahagian kes, kesakitan buasir akan hilang dalam masa beberapa hari.Tetapi dalam kebanyakan kes, masalah buasir akan kembali dan biasanya lebih teruk daripada yang sebelum ini.
Walaupun terdapat ramai orang yang mengalami masalah buasir, tetapi bukan semuanya merasai tanda-tanda awal buasir. Tanda awal buasir jenis dalaman yang paling biasa adalah pendarahan berwarna merah terang meliputi sisa najis, di atas kertas tandas, ataupun di dalam mangkuk tandas.
Walau bagaimanapun, jika seseorang itu tidak menjaga permakanan dan memulihkan keadaan dia, buasir dalaman boleh bertambah teruk dan menonjol melalui liang dubur dan tertonjol di luar tubuh. Keadaan ini adalah amat menyakitkan dan menggangu.
Buasir tahap ini dikenali sebagai Buasir Luaran. Tanda-tanda buasir luaran termasuk bengkak yang menyakitkan atau pengerasan tisu-tisu di sekitar dubur apabila darah membeku di dalam tonjolan buasir. Pada tahap ini, sebarang geseran atau gosokan yang kasar mungkin akan menjadikan keadaan menjadi lebih teruk.
Penjagaan atau Rawatan Buasir Di Rumah
Anda boleh melegakan atau mengurangkan kesakitan buasir melalui langkah-langkah penjagaan seperti berikut.
Gunakan krim atau pelekat berubat buasir yang boleh dibeli di farmasi pada bahagaian dubur untuk kurangkan kesakitan.
Rendam atau duduk di dalam tab mandi yang mengandungi air panas untuk 10 hingga 15 minit setiap hari. Tujuannya adalah untuk melancarkan pergerakan darah.
Sentiasa memastikan kebersihan bahagian dubur. Mandi 2 atau 3 kali sehari untuk membersihkan kulit di sekitar dubur. JANGAN menguna sabun pada bahagian tersebut kerana sabun akan menipiskan kulit buasir yang sensitif itu dan mungkin menambah kerumitan keadaan. Selepas mandi, keringkan bahagian dubur dengan pengering rambut.
Jangan gunakan kertas tandas yang kering untuk lap punggung. Demi menjaga kebersihan bahagain dubur selepas membuang air besar, gunakan tisu atau tuala yang dilembabkan untuk membersihkan bahagian tersebut. Pastikan anda tidak mengguna tisu yang mengandungi bahan kimia wangi atau alkohol.
Jika keadaan buasir bertambah tidak berkurangan selepas beberapa hari, anda perlu berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan rawatan segara dan mendapatkan ubat buasir yang lebih berkesan, sebelum pendarahan teruk berlaku.
Nota Tambahan: Anda digalakkan untuk meminum air dengan kerap untuk membantu pembersihan darah badan. Kalau boleh, cuba dapatkan air alkali seperti air zam zam yang lebih senang untuk diserap oleh badan.
Punca Buasir
Kapilari darah di sekitar dubur adalah lebih cenderung untuk menjadi tegang apabila terdedah kepada tekanan dalaman darah yang tinggi. Jika dibiar sedemikian untuk satu tempoh masa yang panjang, ia mungkin akan membentuk unjuran atau membengkak.
Maka, buasir adalah satu keadaan di mana kapilari darah di sekitar rektum atau dubur membengkak akibat daripada peningkatan tekanan darah dalaman. Antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah tersebut adalah:
• Pemaksaan yang terlalu kuat ketika membuang air besar
• Duduk pada mangkuk tandas untuk jangka masa yang terlalu panjang.
• Masalah cirit birit atau sembelit yang kerap dan ketara.
• Kegemukan atau obesiti
• Kehamilan (bagi kaum wanita)
• Kelakuan seks yang tidak semulajadi
Terdapat juga kemungkinan bagi seseorang itu mewarisi genetik masalah buasir daripada ibubapa. Kebarangkalian untuk seseorang itu mendapat masalah buasir akan bertambah seiring dengan penambahan usia. Otot-otot yang menyokong saluran darah sekitar dubur akan menjadi semakin lemah apabila seseorang itu menjadi tua.
Pengenalan Kepada Buasir
Buasir (bahasa Inggeris: hemorrhoids) satu masalah kesihatan di mana saluran darah menjadi bengkak dan meradang dalam anus dan rektum bawah seseorang pesakit itu. Buasir adalah akibat daripada tekanan yang berlebihan semasa membuang air besar atau peningkatan tekanan pada saluran darah sekitar dubur semasa kehamilan.
Terdapat dua jenis keadaan buasir, ia itu buasir yang terletak di dalam rektum (buasir dalaman), dan buasir luaran yang berkembang di bawah kulit di sekitar dubur atau anus. Pada zaman moden sekarang, buasir sudah menjaid satu penyakit umum. Secara puratanya, orang dewasa sekitar usia 50 (trend sedang menjadi semakin muda) akan menghadapi rasa tidak selesa, gatal dan pendarahan semasa membuang air besar, ini semua merupakan tanda-tanda kewujudan buasir.
Mujurlah kini terdapat banyak pilihan perubatan yang berkesan untuk mengubati masalah buasir. Kebanyakan orang boleh merawati penyakit ini dengan menggunakan rawatan rumah atau perubahan gaya hidup.